Sekilas Pandang

Biodata Ringkas

Tuaran, Sabah, Malaysia
Hidup Biarlah Sederhana.Tidak terlalu menonjol sangat dan tidak juga ketinggalan.

Ahad, Mac 28, 2010

Marajin Family

Kenangan Blogger bersama adik-beradik semasa majlis perkahwinan adik Lydia De Cathrine Binti Marajin dengan pasangannya Hivrywil Owil Halai. Majlis Perkahwinan ini berlangsung di Kg Wokok Kota Belud, Sabah. Majlis diadakan cukup sederhana, namun memberikan makna yang sangat besar buat kami semua adik-beradik.Semoga berbahagia hendaknya hingga ke hujung nyawa, Blogger pun macam tidak sabar lagi mau menimang anak buah awal2 ni.ahaha..

My Cousin Wedding

Pada 20 Mac 2010, Blogger telah menghadiri majlis perkahwinan sepupu iaitu Ezron Bin Liming dengan pasangannya Lestene Binti Lapak di Kampung Wokok Kota Belud, Sabah. Majlis berlangsung dengan amat meriahnya dengan di iringi acara2 yang tidak dijangka oleh para tetamu. Majlis perkahwinan dilangsungkan sepenuhnya mengikut adat suku kaum Dusun. Namun demikian, juga diselitkan sedikit adat Brunei untuk mempelbagaikan lagi. Majlis berlangsung hingga ke lewat malam, Blogger hanya sempat hingga petang sebab ada komitmen lain yang perlu diselesaikan.Bagaimana pun, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Khamis, Mac 18, 2010

Sabtu, Mac 13, 2010

Blogger di Betong,Sarawak

Blogger pada waktu ini sedang dalam perjalanan balik dari Kuching Sarawak ke Kota Kinabalu Sabah dengan menggunakan Jalan Darat.Blogger sempat singgah di Betong sekejap untuk makan dan berehat sebelum meneruskan perjalanan seterusnya.Oleh kerana badan terasa sangat letih,Blogger bermalam di Limbang sebelum meneruskan perjalanan balik pada keesokan harinya.Walaupun perjalanan ini jauh dan sangat meletihkan,Blogger merasa sangat seronok di samping dapat melihat keindahan pemandangan negeri orang.Bak kata pepatah,'Jauh Perjalanan Luas Pandangan'.

Kenangan di Ranau

Kenangan bersama keluarga di Tuaran,'Jalan-Jalan Makan Angin'.Haha...waktu ni Blogger bersama keluarga pergi ke Poring,Ranau untuk mandi-manda.Destinasi pertama di Poring ialah Air Terjun,Fuyoo..Best.Walaupun air dia sangat sejuk tapi tidak terasa sebab rasa seronok mandi ramai-ramai.Setelah puas mandi Air Terjun yang sejuk tu,sesi mandi air panas pula dalam kolam kecil.Tidak lah panas sangat pun,suam-suam kuku jer.Hehe..Semasa dalam perjalanan balik,sempat singgah di Kinabalu Park Kundasang terus ke Timpohon Gate untuk menikmati udara segar di kaki Gunung Kinabalu.Blogger bersama keluarga menginap di Kinabalu Pine Resort.Tapi,terpaksa balik pada malam itu juga sebab mendapat panggilan kecemasan dari kampung.Tak pe,lain kali boleh datang lagi ke sini.

Gudang FC Tuaran

 
Pasukan ini telah ditubuhkan lebih kurang 2 tahun yang lalu.Pada awalnya pasukan ini diberi nama Wawasan FC,berasal dari Kampung Sungai Damit,Daerah Tuaran.Pada awal pendedahan,pasukan ini kurang menyerlah namun masih memberi saingan yang sengit terhadap pasukan lawan.Setelah beberapa kali mengikuti anjuran perlawanan bolasepak,pasukan ini mulai menempah nama.Nama pasukan ini telah pun ditukar kepada Gudang FC sehingga lah sekarang.Pasukan ini sangat aktif bermain bolasepak,baik di padang mahu pun Futsal.Kerap mengadakan perlawanan persahabatan dengan Jabatan Kerajaan.Ramai anak-anak muda kampung yang telah diserapkan dalam pasukan ini untuk diketengahkan bakatnya dalam bolasepak supaya lebih cemerlang.Buat pengetahuan semua juga,pasukan ini tidak mempunyai pengurus pasukan.Semangat 'TEAM WORK' yang kami pupuk itu lah yang membawa kami kepada kejayaan sehingga menjadi pasukan yang disegani di Daerah Tuaran dan Tamparuli.SYABAS GUDANG FC !!