Sekilas Pandang

Biodata Ringkas

Tuaran, Sabah, Malaysia
Hidup Biarlah Sederhana.Tidak terlalu menonjol sangat dan tidak juga ketinggalan.

Sabtu, Mac 13, 2010

Gudang FC Tuaran

 
Pasukan ini telah ditubuhkan lebih kurang 2 tahun yang lalu.Pada awalnya pasukan ini diberi nama Wawasan FC,berasal dari Kampung Sungai Damit,Daerah Tuaran.Pada awal pendedahan,pasukan ini kurang menyerlah namun masih memberi saingan yang sengit terhadap pasukan lawan.Setelah beberapa kali mengikuti anjuran perlawanan bolasepak,pasukan ini mulai menempah nama.Nama pasukan ini telah pun ditukar kepada Gudang FC sehingga lah sekarang.Pasukan ini sangat aktif bermain bolasepak,baik di padang mahu pun Futsal.Kerap mengadakan perlawanan persahabatan dengan Jabatan Kerajaan.Ramai anak-anak muda kampung yang telah diserapkan dalam pasukan ini untuk diketengahkan bakatnya dalam bolasepak supaya lebih cemerlang.Buat pengetahuan semua juga,pasukan ini tidak mempunyai pengurus pasukan.Semangat 'TEAM WORK' yang kami pupuk itu lah yang membawa kami kepada kejayaan sehingga menjadi pasukan yang disegani di Daerah Tuaran dan Tamparuli.SYABAS GUDANG FC !!

1 ulasan:

  1. kadang2 bila dah maju skit,mudah lupa diri.anggap diri macam star,tu yang sakit kulit juga mau layan.bagus kasi pulau,reject!!

    BalasPadam

Comment